Thursday, February 24, 2011

Akif today...

Hye smua!!

Hari ni da masuk hari ke-5 akif selsema smula n hari ke-3 dier consume ubat... so far, not so much improvement.. still selsema n ade batuk skit2..cuma demam la da baek.. tp, dier cirit birit la pulak.. da tnye doktor2 kt ofis..diorg kate tu side effect mkn antibiotik Augmentin tu...hrp2 btul la...ksian nengok dier asyik yak jer..kalu dlm tlinga dier tu lak, mmg xtau la nk ckp sbb xbrani nk suluh tgk...dier pun marah kot nk telek tlinga dier..huhu..
nexwik kna g follow up blk sbb Paeds nk tgk gegendang akif bengkak lg ke x..harap2 tu da baek mcm sediakala la..cian ank mama ni...
Btw, da sng nk bg akif mkn ubt skank ni..ckp nk mkn ubt je,dier da ready da..suap je trus..smpaikn td, dier yg amik ubat2 dier sndiri suh mama dier suap padahal kite da lupe yg da smpai time utk die mkn ubt..kalu dulu,kna paksa suap smpai dia sembur2 lg..habis muke mama dier ni..hihi..

Pe pun, smg anak mama cepat sembuh..xmo sakit2 dah syg yer..biar mati n lari smua kuman2 jahat...

to all, ni gmbr latest akif.. :)

n ni antara video dier yg ade..maaf kualiti video krg jelas...

Wednesday, February 23, 2011

ROVE BEETLE DERMATITIS


Comel tak serangga ni? Rasenye sesetgh org mmg pnah jumpa serangga kecik ni especially yg tggl dkt2 kwsn sawah padi..ak da lame lupa psl serangga ni sbnrnye tp td tbaca lak psl dier kt link yg dpost mmbr kt FB..time ak skolah menengah n matriks dlu mmg kt hostel pnah kena srangan serangga ni..bg yg xtau,mgkin korg ingt srangga ni akibatkn sakit mcm kna gigit smut api tp sbnrnye lain..


Time kt asrama dlu,ak mmg ckup kesian dgn sape2 yg kna bisa serangga ni sbb agak truk gak la ksan bisa tu..dlu kitorg pggl dia 'Charlie'..name glamer gituu..disebalik ke'comel'an rupa n ke'glamer'an namenye, bisa dr serangga ni sbnrnya boleh mnyebabkn konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Ade yg kesannya ala2 mcm kena lecur air panas, mcm kayap n lain2. Mcm ni lah kiranya: 

Lebih truk n mnyedihkn kalu kna bisa dier kt muka especially org pmpuan n kanak2..Cth cmni: 

Actually ak pnah kna bisa serangga ni skali dlu..kt umah time tu..maklumlah umh dkat gak ngn sawah..bgn2 tdo je ak rase pedih je kt tengkuk..ingtkn nape..tgk2 dah jd luka mcm lecur kna air panas tu..sah2 la angkara Charlie ni sbb time tu byk gak dier bsepah2 kt area umh ak..dah tkena,ak sapu mnyk gamat kt tmpt tu..lame gak la nk hilang parutnye..sib baik kt tgkuk..kalu kt muka,haru je..hukhuk..

Pe pun, korg kna la bhati2 kalu jmpa serangga ni..jgn gatal2 nk direct contact g tenyeh dier mcm bunuh semut tu ke, tmpar mcm tmpar nyamuk ke..kalu kna bisa dier,silalah cepat2 basuh ngn air n sabun..kalu x, tlambat sudah..pasti bparut la nnt..huhu..


Utk maklumat lanjut psl si Charlie ni, bleh baca kt cni:<"http://www.mpsp.gov.my/english/bulletin/RoveBeetle.htm">




Otitis Media

Sape penah dgr title kt atas ni? suatu ketika dulu, aku pun xtau natang ape otitis media ni.. tp hasil pmbacaan n pgaulan dgn doktor2 kt tmpt kerja ak, maka ak pn da tau la mende otitis media ni...

Ade pun kisahnya ak sentuh hal ni sbb putera ksygn ak, Akif Zafran dikatakn Paeds kena otitis media ni..tkjut gak la ak sbb x sangka smpai sbegitu truk akibat selsema..mulanya ak ingt selsema biase je..tp bila da baik, 3-4 hari tu dier kena selsema blk plus batuk lagi..pastu dpt demam lak smpai suhu 39.5 ºC..tinggi kn bg sorg bby? trus la ak n hubby kelam kabut hntr akif g KMC..rupa2nya Paeds cek kate gegendang tlinga Akif da merah n bengkak sbb blaku jangkitan kuman kt blkg gegendang tlinga..dier pun explain psl ape jd cmtu n then prescribe antibiotik, ubt selsema, batuk n demam utk akif...katenye sbb biase sbb kuman pneumokokal..nk elak kna amik suntikan vaksin utk pneumokokal..so, ak pn btau yg akif da completekn dos pneumokokal dier..so,dr kate mayb ade kuman lain la..ksian akif..padan la 2-3 menjak ni dier nangis/marah je bila pakaikn bju..sakit tlinga rupenye ank mama ni..trase truk je diri sbb mcm x alert je psl tu..huhu..

Btw, ni serba sedikit info mengenai sakit telinga ni yg sy copy buat rujukan para pembaca.. jgn ingt kanak2 je leh kena sakit ni yer...dewasa pun mudah kena juge..boleh rujuk pd artikel2 lain yg ade dlm internet yer...


"Ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit telinga di kalangan kanak -kanak. Punca biasa yang didapati ialah bahagian tengah telinga itu lebam ( Acute Otitis Media ). Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti ' Pneumococcus Haemophilus '. Kanak -kanak lebih mudah menghidapi penyakit ini kerana saluran yang menghubungi bahagian tekak dan bahagian telinga tengah yang dipanggil ' Tiub Eustachian ' mereka itu lebih pendek , lebih lebar kalibernya dan lurus kalau dibandingkan dengan tiub Eustachian orang dewasa. Oleh sebab ini kuman -kuman ke bahagian telinga tengah terutamanya jika mereka selalu baring.
Kanak -kanak yang mengalami keadaan lebam di bahagian telinga akan sakit telinga , demam dan akan selalu meragam. Seseorang doktor , yang memeriksa telinga kanak -kanak itu mungkin mendapati tanda -tanda cecair yang mengubahkan dinding timpanum atau ' Tympanic Membrance '. Jika keadaan ini tidak dirawat dengan antibiotik tekanan ke dalam bahagian telinga tengahnya ( yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul didalamnya) akan memecahkan dinding timpanum ini. Apabila pecah cecair yang bernanah di bahagian telinga tengah itu akan mengalir keluar. Penyakit ini selalu menyebabkan kanak - kanak pekak atau menghidapi Lebam Tulang Mastoid ( Mastoiditis ). Pengunaan antibiotik telah banyak mengurangkan komplikasi seperti ini tetapi penyakit lebam bahagian telinga tengah masih selalu juga berlaku dan ramai kanak - kanak tidak dapat diberi rawatan dengan awal dan berkesan.
Kanak -kanak yang menghidap lebam bahagian telinga tengah biasanya demam dan sakit serta jelas mempunyai tanda - tanda cecair yang banyak terkandung didalam bahagian telinga tengahnya. Keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan mengikut prosedur yang dipanggil ' Myringotomy ' di mana dinding timpanum telinganya itu dicucuk dengan jarum supaya cecair yang berupa nanah boleh mengalir keluar dari bahagian telinga tengahnya.
Kanak - kanak yang dilahirkan dengan bumbung mulut yang tidak lengkap atau ' Cleft Palate ' , dan kanak - kanak yang menghidap ' Sindrom Down ' lebih mudah mendapat penyakit ' Acute Otitis Media '. Ada juga kanak - kanak yang mempunyai ' Adenoid ' di bahagian belakang tekak yang lebih besar daripada biasa , hingga menutup lubang tiub Eustachain. Kanak - kanak selalunya berdengkur bila tidur kerana sukar bernafas. Pakar  sakit telinga , Hidung dan Tekak yang merawat kanak -kanak ini selalunya akan membuangkan kedua -dua tonsil dan adenoid sekali gus dalam satu pembedahan .
Kanak -kanak yang kurang tahap imunitinya lebih senang mendapat penyakit lebam di bahagian telinga tengah. Selain dari itu senang juga mendapat penyakit infeksi lain seperti meningitis , cirit -birit , kelumpuk nanah ( abscesses ) di merata bahagian dalam tubuh badannya.
Satu lagi penyakit telinga yang biasa didapati di kalangan kanak -kanak ialah lebam di bahagian telinga luar ( Otitis externa ). Keadaan ini sangat menyakitkan dan kanak -kanak yang menghidapnya akan membantah jika telinganya digerakkan atau ditarik kerana pengerakan telinga luarnya itu akan membuatnya berasa bertambah sakit. Telinga luar yang basah akibat mandi di dalam kolam renang jika tidak dikeringkan mudah membawa kepada penyakit ini tambahan pula jika kulit di bahagian ini luka akibat ia dicungkil selalu dengan kuku atau alat yang tajam. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti staphylococcus , E. coli , pseudomonas , atau fungus seperti aspergillusdan candida.
Bahagian luar telinga kanak -kanak ini mungkin mengeluarkan cecair berbau dan kanak -kanak itu rasa gatal dibahagian luar telinganya. Telinganya itu juga akan ternampak merah dan bengkak. Ubat yang lazim diberikan bagi keadaan ini ialah sejenis krim yang mengandungi antibiotik , yang disapukan di bahagian telinga luar kelihatan bengkak itu. Kadangkala bahagian yang bengkak itu mengandungi nanah. Ubat untuk mengurangkan sakit , seperti panadol dapat mengurangkan kesakitan kepada kanak -kanak itu.
Sakit telinga boleh juga disebabkan oleh lebam di bahagian tekak seorang kanak -kanak. Selalu juga didapati kes kanak -kanak yang sakit tekak disebabkan kuman virus mengeluh sakit telinga. Adakalanya kanak -kanak yang selesai menjalani penbedahan untuk membuangkan tonsilnya mengeluh sakit telinga. 
Kesimpulan
Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum."


(source: http://en.wikipedia.org/wiki/Otitis_media )



Sunday, February 20, 2011

Update..

Wah..da lame x update blog nih..
hari2 tringat2 tp apekn daya, ke'bz'an melanda...
ni pun curi2 upd8 di jam 3pg..ape ak buat d jam 3pg ni? actually bru siap masak kuah mee kari..
ni nk tito jap..pagi kang bgn smbung prepare bhn2 lain lak..
sape nk mkn, sila dtg umh.. ;)
k la..nk tito..nitezz

Tuesday, February 1, 2011

LIFE

Life is so unpredictable... Anything can come at any time..
While u r happy, sadness could suddenly come.. While u r healthy, sickness could suddenly pass by..
But, wutever happen,